Friday, October 8, 2010

PMR YANG DINANTI ........................

Buat anak-anak KRK calon PMR 2010 yang dirindui,

Pastinya kalian telah bersedia dan tak sabar untuk menyahut cabaran PMR 2010. Kertas soalan bagi enam subjek telah pun selamat kalian duduki , tinggal Matematik dan KH sahaja lagi. Bonda pasti dan sentiasa mendoakan semuanya berjalan dengan lancar. Ya .. pasti, 8 A menari-nari di hadapan mata . Ingat, selepas tuntas menjawab semua kertas, pastikan tugas kalian selanjutnya  tidak putus-putus berdoa,  memohon kepada Yang Maha Pencipta supaya melembutkan hati para pemeriksa kertas , menerima jawapan kalian sebagai jawapan yang cemerlang.

Buat anak-anak KRK calon SPM 2010 yang disayangi,

Jangan alpa untuk bersedia daripada awal. Pastikan kalian tidak berbulan madu kerana tiada peperiksaan besar untuk tahun ini. Ingat, jerat tak pernah lupakan pelanduk, walaupun pelanduk selalu lupakan jerat. Kalian perlu sentiasa bersedia. SPM merupakan batu asas untuk kalian memilih bidang kerjaya .....Pastikan anda memilih langkah bijak dengan selalu bersedia hari ini , esok dan selamanya.

Buat anak-anak KRK Tingkatan 1 dan 2 yang dikasihi,

Walaupun kita tidak sempat beramah mesra, doa bonda sentiasa selalu bersama. Semoga kalian  akan muncul sebagai pelajar-pelajar cemerlang walau di mana jua anda berada. Ingat, kecemerlangan bukan sahaja dalam aspek akademik tetapi juga cemerlang dalam kesantunan, beradap dalam kehidupan, sopan dalam amalan seharian, mulia hati, jiwa dan raga.

Akhir kata buat semua anakanda tercinta,
JAGA DIRI, HIASI PERIBADI. CEMERLANG DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
SALAM KASIH MESRA BUAT SEMUA.......

Sunday, August 8, 2010

Perpindahan Penyelaras KRK SMK Pasir Gudang

Puan Masrawati selaku Penyelaras KRK SMK Pasir Gudang telah mula mencurahkan bakti di sekolah barunya , Sekolah Kebangsaan Pasir Putih sebagai Penyelia Petang . Kehilangan beliau amat dirasai oleh kesemua warga sekolah terutamanya anak didik beliau , 3 KRK 1 . Bonda tercinta telah pergi saat mereka mahu menduduki Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah . Mereka telah mengadakan jamuan ringkas di rumah beliau beberapa hari yang lalu pada pukul 8 malam .

Aina penyebokk (!) . Haha .
Penyerahan kad kepada ibunda .

Sayangnya anakandamu terhadap mu :D
Bersama ibunda tersayang :)
Antara yang hadir menceriakan malam itu .
Sayang kami padamu takkan pernah luntur walaupun tidak nampak di mata
I love you (!)


Wednesday, August 4, 2010

Bicara buat anakanda krk

Semalam terlalu cepat berlalu,
masih belum puas memimpin tanganmu
menuju kegemilangan ilmu dan budi

Lumrahnya pertemuan disusuli perpisahan
perpisahan diiringi kenang-kenangan
Rindu pasti menyeksa kalbu
Bonda akan rindu keletah dan kerenahmu
nakal dan manjamu yang mewarnai kehidupan
memberi makna yang mendalam.

Anakanda perlu mencipta sejarah
Lakarkan namamu dalam barisan pelajar gemilang
Tahun ini, tahun depan dan seterusnya..
cipta kemegahan untuk semua

Jadikan masalah yang datang
rintangan yang hebat menghalang
sebagai guru yang sangat berjasa
sebagai motivasi penjana semangat untuk bermula
bangkit dari kekecewaan, tersedar dari lena yang panjang

Bertemu anakanda semua di puncak kejayaan.
Doa dan harapan sentiasa mengiringi anakanda semua

Bonda Masra
8 ogos 2010


Tuesday, June 1, 2010

Pada hari Sabtu, 22 Jun 2010 pelajar - pelajar KRK yang terpilih telah menghadiri PRGORAM MUTIARA GEMILANG . Program ini telah diadakan di SMK Permas Jaya . Pelajar telah mendapat input - input yang berguna daripada para penceramah yang berpengalaman . Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga jam 2.30 petang . Seramai lebih kurang 230 orang pelajar daripada 8 buah sekolah KRK dalam daerah Pasir Gudang telah sama - sama menghadiri majlis ilmu ini . Setiap sekolah menghantar 25 orang pelajar yang menjadi sasaran untuk mendapat sekurang - kurangnya 5A dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) 2010.


LOKASI
Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya

Guru Penyelaras KRK SMK Pasir Gudang
Puan Masrawati binti Md. Ali
Puan Khuzaimah binti Jasman

Peserta kursus.

Pelajar KRK SMK Dato' Penggawa Timur

Peserta perempuan KRK SMK Pasir Gudang
( pelajar lelaki maluuu nak bergambar )

Sedang menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan

Thursday, May 27, 2010

Perjumpaan Pelajar KRK Tingkatan 3 & 4 bersama Penyelaras KRK .

Pada 26 Mei 2010 ( Rabu ) , telah diadakan satu perjumpaan antara pelajar bersama penyelaras KRK , Puan Masrawati . Perjumpaan ini melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan 4 sahaja . Dalam perjumpaan ini telah diadakan pelantikan jawatankuasa baru memandangkan ramai AJK lantikan pada awal tahun telah berpindah ke sekolah lain meneruskan perjuangan mereka memburu kejayaan . Berikut adalah jawatankuasa yang dilantik dengan persetujuan pelajar dan juga guru :-

Pengerusi : Abdul Qudus Bin Muhammad Huzir
Naib Pengerusi : Girija a/p Narayanan

p/s : jawatankuasa yang selainnya akan diberitahu selepas ini :)

Monday, March 29, 2010

Pelajar KRK Cemerlang Ting. 4 Penilaian Kokurikulum 1

TINGKATAN 4

Nama Pelajar
Gred Purata ( GP )
  1. Nivasini a/p Muniandy
1.80
  1. Girija a/p Narayanan
2.20
  1. Abigail Bathsheba a/p Devet
2.50

Pelajar KRK Cemerlang Ting. 3 Penilaian Kokurikulum 1

TINGKATAN 3


Nama Pelajar
Gred Purata ( GP )
  1. Norliza bt Zamli
1.13
  1. Siti Suraya bt Saat
1.25
  1. Nurul Hazaliana bt Mohd. Zainorin
1.38
  1. Mohammed Hafiz b Bustari
1.38
  1. Nor Syazyati bt Madam
1.38
  1. Quratul Ain Nabihah bt Mohd. Hizam
1.38
  1. Putri Ummi Nabila bt Ahmad
1.38
  1. Ashwinni a/p K.Thambirajah
1.43
  1. Ummul Qisti bt Md. Arif
1.50