Wednesday, August 4, 2010

Bicara buat anakanda krk

Semalam terlalu cepat berlalu,
masih belum puas memimpin tanganmu
menuju kegemilangan ilmu dan budi

Lumrahnya pertemuan disusuli perpisahan
perpisahan diiringi kenang-kenangan
Rindu pasti menyeksa kalbu
Bonda akan rindu keletah dan kerenahmu
nakal dan manjamu yang mewarnai kehidupan
memberi makna yang mendalam.

Anakanda perlu mencipta sejarah
Lakarkan namamu dalam barisan pelajar gemilang
Tahun ini, tahun depan dan seterusnya..
cipta kemegahan untuk semua

Jadikan masalah yang datang
rintangan yang hebat menghalang
sebagai guru yang sangat berjasa
sebagai motivasi penjana semangat untuk bermula
bangkit dari kekecewaan, tersedar dari lena yang panjang

Bertemu anakanda semua di puncak kejayaan.
Doa dan harapan sentiasa mengiringi anakanda semua

Bonda Masra
8 ogos 2010


3 comments:

Uji Hussein said...

Budi dan jasamu akan dikenang ke akhir hayat.Hanya Allah yang dapat membalas segalanya.Selamat berjuang di tempat baru.Semoga kecemerlangan tetap jadi milikmu, abadi selamanya.

KRK said...

ckgu!! sye nk nangis bce mende ny!!! sye cyunx ckgu.. ckgu take care kt skola baru aw!!!

FINAalsagoff said...

terharu nye..
series..
ckgu mmg terbek ah.!
ktorg djaga dn dlayan sme rata.
tade beza.!
gud luck ckgu mse kat kola baru dn jgn lpe kanktorg especially yg thun pertama .!