Friday, October 8, 2010

PMR YANG DINANTI ........................

Buat anak-anak KRK calon PMR 2010 yang dirindui,

Pastinya kalian telah bersedia dan tak sabar untuk menyahut cabaran PMR 2010. Kertas soalan bagi enam subjek telah pun selamat kalian duduki , tinggal Matematik dan KH sahaja lagi. Bonda pasti dan sentiasa mendoakan semuanya berjalan dengan lancar. Ya .. pasti, 8 A menari-nari di hadapan mata . Ingat, selepas tuntas menjawab semua kertas, pastikan tugas kalian selanjutnya  tidak putus-putus berdoa,  memohon kepada Yang Maha Pencipta supaya melembutkan hati para pemeriksa kertas , menerima jawapan kalian sebagai jawapan yang cemerlang.

Buat anak-anak KRK calon SPM 2010 yang disayangi,

Jangan alpa untuk bersedia daripada awal. Pastikan kalian tidak berbulan madu kerana tiada peperiksaan besar untuk tahun ini. Ingat, jerat tak pernah lupakan pelanduk, walaupun pelanduk selalu lupakan jerat. Kalian perlu sentiasa bersedia. SPM merupakan batu asas untuk kalian memilih bidang kerjaya .....Pastikan anda memilih langkah bijak dengan selalu bersedia hari ini , esok dan selamanya.

Buat anak-anak KRK Tingkatan 1 dan 2 yang dikasihi,

Walaupun kita tidak sempat beramah mesra, doa bonda sentiasa selalu bersama. Semoga kalian  akan muncul sebagai pelajar-pelajar cemerlang walau di mana jua anda berada. Ingat, kecemerlangan bukan sahaja dalam aspek akademik tetapi juga cemerlang dalam kesantunan, beradap dalam kehidupan, sopan dalam amalan seharian, mulia hati, jiwa dan raga.

Akhir kata buat semua anakanda tercinta,
JAGA DIRI, HIASI PERIBADI. CEMERLANG DALAM KEHIDUPAN DI DUNIA DAN AKHIRAT.
SALAM KASIH MESRA BUAT SEMUA.......

Sunday, August 8, 2010

Perpindahan Penyelaras KRK SMK Pasir Gudang

Puan Masrawati selaku Penyelaras KRK SMK Pasir Gudang telah mula mencurahkan bakti di sekolah barunya , Sekolah Kebangsaan Pasir Putih sebagai Penyelia Petang . Kehilangan beliau amat dirasai oleh kesemua warga sekolah terutamanya anak didik beliau , 3 KRK 1 . Bonda tercinta telah pergi saat mereka mahu menduduki Peperiksaan Percubaan Penilaian Menengah Rendah . Mereka telah mengadakan jamuan ringkas di rumah beliau beberapa hari yang lalu pada pukul 8 malam .

Aina penyebokk (!) . Haha .
Penyerahan kad kepada ibunda .

Sayangnya anakandamu terhadap mu :D
Bersama ibunda tersayang :)
Antara yang hadir menceriakan malam itu .
Sayang kami padamu takkan pernah luntur walaupun tidak nampak di mata
I love you (!)


Wednesday, August 4, 2010

Bicara buat anakanda krk

Semalam terlalu cepat berlalu,
masih belum puas memimpin tanganmu
menuju kegemilangan ilmu dan budi

Lumrahnya pertemuan disusuli perpisahan
perpisahan diiringi kenang-kenangan
Rindu pasti menyeksa kalbu
Bonda akan rindu keletah dan kerenahmu
nakal dan manjamu yang mewarnai kehidupan
memberi makna yang mendalam.

Anakanda perlu mencipta sejarah
Lakarkan namamu dalam barisan pelajar gemilang
Tahun ini, tahun depan dan seterusnya..
cipta kemegahan untuk semua

Jadikan masalah yang datang
rintangan yang hebat menghalang
sebagai guru yang sangat berjasa
sebagai motivasi penjana semangat untuk bermula
bangkit dari kekecewaan, tersedar dari lena yang panjang

Bertemu anakanda semua di puncak kejayaan.
Doa dan harapan sentiasa mengiringi anakanda semua

Bonda Masra
8 ogos 2010


Tuesday, June 1, 2010

Pada hari Sabtu, 22 Jun 2010 pelajar - pelajar KRK yang terpilih telah menghadiri PRGORAM MUTIARA GEMILANG . Program ini telah diadakan di SMK Permas Jaya . Pelajar telah mendapat input - input yang berguna daripada para penceramah yang berpengalaman . Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga jam 2.30 petang . Seramai lebih kurang 230 orang pelajar daripada 8 buah sekolah KRK dalam daerah Pasir Gudang telah sama - sama menghadiri majlis ilmu ini . Setiap sekolah menghantar 25 orang pelajar yang menjadi sasaran untuk mendapat sekurang - kurangnya 5A dalam Penilaian Menengah Rendah ( PMR ) 2010.


LOKASI
Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya

Guru Penyelaras KRK SMK Pasir Gudang
Puan Masrawati binti Md. Ali
Puan Khuzaimah binti Jasman

Peserta kursus.

Pelajar KRK SMK Dato' Penggawa Timur

Peserta perempuan KRK SMK Pasir Gudang
( pelajar lelaki maluuu nak bergambar )

Sedang menikmati hidangan sarapan pagi yang disediakan

Thursday, May 27, 2010

Perjumpaan Pelajar KRK Tingkatan 3 & 4 bersama Penyelaras KRK .

Pada 26 Mei 2010 ( Rabu ) , telah diadakan satu perjumpaan antara pelajar bersama penyelaras KRK , Puan Masrawati . Perjumpaan ini melibatkan pelajar Tingkatan 3 dan 4 sahaja . Dalam perjumpaan ini telah diadakan pelantikan jawatankuasa baru memandangkan ramai AJK lantikan pada awal tahun telah berpindah ke sekolah lain meneruskan perjuangan mereka memburu kejayaan . Berikut adalah jawatankuasa yang dilantik dengan persetujuan pelajar dan juga guru :-

Pengerusi : Abdul Qudus Bin Muhammad Huzir
Naib Pengerusi : Girija a/p Narayanan

p/s : jawatankuasa yang selainnya akan diberitahu selepas ini :)

Monday, March 29, 2010

Pelajar KRK Cemerlang Ting. 4 Penilaian Kokurikulum 1

TINGKATAN 4

Nama Pelajar
Gred Purata ( GP )
  1. Nivasini a/p Muniandy
1.80
  1. Girija a/p Narayanan
2.20
  1. Abigail Bathsheba a/p Devet
2.50

Pelajar KRK Cemerlang Ting. 3 Penilaian Kokurikulum 1

TINGKATAN 3


Nama Pelajar
Gred Purata ( GP )
  1. Norliza bt Zamli
1.13
  1. Siti Suraya bt Saat
1.25
  1. Nurul Hazaliana bt Mohd. Zainorin
1.38
  1. Mohammed Hafiz b Bustari
1.38
  1. Nor Syazyati bt Madam
1.38
  1. Quratul Ain Nabihah bt Mohd. Hizam
1.38
  1. Putri Ummi Nabila bt Ahmad
1.38
  1. Ashwinni a/p K.Thambirajah
1.43
  1. Ummul Qisti bt Md. Arif
1.50

Pelajar KRK Cemerlang Ting. 2 Penilaian Kokurikulum 1

TINGKATAN 2

Nama Pelajar
Gred Purata ( GP )
  1. Nurul Ain bt Zainol
1.00
  1. Nurul Amira bt Mohd Ali
1.13
  1. Muhammad Fikri b Mazlan
1.13
  1. Nor Habibah bt Mazlan
1.13
  1. Mohd. Amirul Hakim b Zainor Rashid
1.13
  1. Nur Ainaa bt Azr’ai
1.25
  1. Nur Syaza Liyana bt Rahman
1.25
  1. Siti Syahirah bt Zainal
1.38
  1. Muhammad Akmal Zulkifle
1.38
  1. Asha Devi a/p Raggu
1.43
  1. Filza izzati bt Kamaruddin
1.50

Pelajar KRK Cemerlang Ting. 1 Penilaian Kokurikulum 1

TINGKATAN 1


Nama Pelajar
Gred Purata ( GP )
  1. Sarah Sabrina Bt Shaharudin
1.13
  1. Aina Syahira Bt Amran
1.13
  1. Muhammad Zulfikri B Yusni
1.25
  1. Ainur Shanieda Bt Zahari
1.25
  1. Thiya Anissa Bt Ramlan
1.25
  1. Muhammad Amree Zakee B Ahmad
1.38
  1. Natrah Nadirah Bt Shuhadak
1.38
  1. Nur’Atiqa Bt Azhar
1.38
  1. Nur Adriana Nasuha Bt Mohd Naze
1.50
  1. Nuratika Bt Mohd Isnin
1.50
  1. Fatin Amelia Bt Kasim
1.50
  1. Nur Fahira Bt Alwi
1.50
  1. Nur Diyanah Bt Zulkhairi
1.50
  1. Nur Fatihah Bt Zulkaini
1.50
  1. Muhammad Syafiq B Abd. Halim
1.50
  1. Nur Deena Suraya Bt Norizam
1.50
  1. Nur Syakirah Bt Paimon
1.50
  1. Nur Ain Syazwani Bt Jamaludin
1.50
  1. Navaraja Thevar a/l Rajendren
1.63

Friday, January 22, 2010

Anugerah Pelajar Cemerlang dan Mesyuarat PIBG kali ke 26



Majlis Berbuka Puasa 2009

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh pelajar-pelajar KRK adalah Majlis Berbuka Puasa. Di samping itu, solat maghrib, terawih dan solat isyak turut diadakan secara berjemaah.





















Monday, January 11, 2010

KEPUTUSAN PMR 2009

Sejarah terlakar kembali pada 24/12/2009 apabila keputusan PMR sudah berada di tangan pihak sekolah. Dengan bangganya, SMK Pasir Gudang telah mencatatkan peningkatan yang mendadak, justeru telah menaikkan dan mengharumkan nama sekolah. Seramai 30 orang pelajar telah mendapat 'perfect score', manakala seramai 24 orang pelajar mendapat 7A dalam PMR 2009. Rata-ratanya pelajar 3KRK yang telah menaikkan peratusan pelajar perfect score, iaitu seramai 22 orang.

Ibunda kami, cikgu Masrawati sibuk mencari slip keputusan


kami setia menunggu








keadaan di Pusat Sumber Sekolah


pelajar datang bersama ibu bapa


senarai pelajar cemerlang


senarai pelajar cemerlang


senarai pelajar cemerlang


sebahagian wajah-wajah pelajar yang berjaya


bergambar bersama guru dan ibu bapa


;)


target kami tercapai


TAHNIAH !

Sunday, January 10, 2010

JAMUAN KRK TINGKATAN 3 DI RUMAH PUAN MASRAWATI-PENYELARAS KRK

Jamuan kali kedua diadakan khas untuk pelajar-pelajar lepasan PMR pada 19/11/2009. Bertempat di rumah penyelaras KRK, iaitu Puan Masrawati, kami bergembira dan beramah mesra bersama guru-guru serta rakan-rakan yang hadir memeriahkan suasana.

Bersama ibunda kami, cikgu Masrawati


Bersama cikgu Khazami dan cikgu Azizah


Melayan anak cikgu ;)


hahaha


belon . . !





JAMUAN KRK 2009

Pada 17/11/2009, jamuan akhir tahun KRK telah diadakan dengan penuh meriahnya. Dengan bertemakan 'potluck', para guru dan pelajar membawa makanan daripada rumah dan seterusnya dikumpulkan di satu tempat yang telah disediakan. Pelbagai persembahan telah diadakan untuk memeriahkan lagi suasana jamuan KRK pada waktu itu.


masa untuk makan!


pilih jangan tak pilih


kami!


jamuan akhir tahun





senior - tingkatan 3





sketsa


berlatih bermain gitar?


sketsa


sketsa


sketsa juga



persembahan silap mata



shazan dipilih sebagai sukarelawan dalam persembahan silap mata



junior - tingkatan 2


photographer kami